Are you ready for the next RIUH?

00

Days

00

Hours

00

Minutes
RIUH Merdeka 2026
August 30, 2026
Monumen Alaf Baru, Putrajaya
Featured in the Event:
No items found.
No items found.
No items found.
KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2026 – Kementerian Komunikasi menerusi MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (“MyCreative”) akan menganjurkan RIUH Merdeka Edisi Ke-2 sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026 pada Ahad, 30 Ogos 2026 bermula jam 2.00 petang hingga 4.00 pagi, dan diteruskan pada Isnin, 31 Ogos 2026 dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang, bertempat di Tapak Parkir Monumen Alaf Baru, Putrajaya. Sebagai acara sisipan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026, RIUH Merdeka meraikan semangat patriotisme dan menjadi wadah menghimpunkan masyarakat menghayati kreativiti, budaya dan semangat kebersamaan. Acara ini turut menyediakan platform untuk penggiat seni, penghibur serta usahawan tempatan mengetengahkan bakat dan hasil karya mereka, di samping memperluaskan jaringan profesional para penggiat dan usahawan. Edisi kali ini dijangka menarik lebih 20,000 pengunjung dengan penyertaan 30 vendor makanan dan minuman (F&B) yang menawarkan pelbagai hidangan tempatan, dengan Drinho selaku penaja Zon Makanan dan Minuman. Turut mengambil bahagian ialah pelbagai pempamer seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), dan lain-lain. Pelbagai aktiviti menarik disediakan, termasuk bengkel kreatif, aktiviti kanak-kanak, permainan tradisional, tayangan filem khas oleh FINAS, aktivasi kreatif, pertunjukan kapal terbang “Melukis Senja” oleh AeroTree serta instalasi seni “Serumpun Jiwa” karya Faizal Suhif yang mengangkat tema perpaduan dan identiti Malaysia. Acara ini bakal dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Ernie Zakri, Anuar Zain, Hafiz Suip, Noraniza Idris, Ruffedge, Arunboii, Naungan dan Groove Society X Dhol Riderz. Kemuncak sambutan Ambang Merdeka akan diserikan dengan Kira Detik Merdeka dan pertunjukan bunga api. RIUH Merdeka menawarkan pengalaman yang bukan sahaja menghiburkan, malah memperkukuh semangat perpaduan, memperkasa usahawan, penggiat seni dan bakat tempatan dalam merancakkan ekosistem industri kreatif negara. Orang ramai dijemput hadir bagi menikmati pelbagai aktiviti dan pengalaman menarik sepanjang RIUH Merdeka berlangsung. Masuk adalah percuma. Maklumat lanjut mengenai RIUH Merdeka boleh diperoleh menerusi platform Facebook, Instagram dan TikTok @riuhinthecity serta @mycreativeventures.
Event Highlight
View event album
Relive The Music: RIUH In Your Ears
Spotify Playlist
RIUH Merdeka 2026
document.addEventListener("DOMContentLoaded", function () { let items = document.querySelectorAll(".cms-list .w-dyn-item"); // Select CMS items let loadMoreBtn = document.querySelector(".load-more-btn"); let itemsToShow = 6; // Number of items to show at first let currentIndex = 0; function showItems() { for (let i = currentIndex; i < currentIndex + itemsToShow; i++) { if (items[i]) items[i].style.display = "block"; } currentIndex += itemsToShow; if (currentIndex >= items.length) loadMoreBtn.style.display = "none"; // Hide button when all items are shown } showItems(); loadMoreBtn.addEventListener("click", showItems); });